Program Pengajian

Program Akademik KIDU

Laluan pendidikan Islam yang berstruktur dan terancang.

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM.
whatsapp image 2026 02 24 at 2.05.00 pm (1)

TAMHIDI BAHASA ARAB

Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya.

whatsapp image 2026 02 24 at 2.05.01 pm

TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingga November. Pelajar adalah berpeluang cerah bagi menyambung pengajian ke Universiti dalam atau Luar Negara.

whatsapp image 2026 02 24 at 2.05.01 pm (1)

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Program Pengajian STAM dijalankan mengikut ketetapan dan panduan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tempoh pengajian adalah selama 10 bulan bermula dari bulan Januari hingga Oktober. Pelajar adalah berpeluang cerah bagi menyambung pengajian ke Universiti Al Azhar, Mesir dan institusi pengajian tinggi yang lain

whatsapp image 2026 02 24 at 2.05.00 pm

PROGRAM SYAHADAH 'ALIAH

Program Syahadah 'Aliyah Pengajian Syariah di Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) ialah pengajian Islam setaraf Diploma Eksekutif selama 3 tahun (6 semester). Ia terbuka kepada calon berumur 17 tahun ke atas untuk mendalami ilmu Syariah secara formal. Pendaftaran sesi Mac 2026 dibuka dari 4 Mac hingga 5 April 2026, memfokuskan kepada melahirkan ulamak amilin.