Aktiviti dan Pencapaian

Aktiviti Pelajar
KIDU menganjurkan pelbagai program tarbiah, seminar ilmiah dan aktiviti kokurikulum bagi membina sahsiah dan kepimpinan pelajar.
626746814 1738055107295808 7371187999711357774 n

Keputusan STAM KIDU 2025 Cemerlang

Alhamdulillah, Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) mencatatkan pencapaian yang membanggakan dalam peperiksaan STAM 2025.
📊 Rumusan Keputusan:
✅ Mumtaz: 2
✅ Jayyid Jiddan: 3
✅ Jayyid: 5
Tahniah kepada semua calon STAM dan para guru atas usaha, pengorbanan serta komitmen yang tidak berbelah bahagi.
Semoga kejayaan ini menjadi langkah awal melahirkan generasi berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
Kebanyakan pelajar STAM KIDU adalah lepasan madrasah, pondok, tahfiz dan juga lepasan program Diploma Eksekutif KIDU.
KIDU adalah antara pusat STAM di utara Negeri Kedah. Ayuh bersama KIDU. KIDU juga membuka peluang kepada pelajar-pelajar Rosib untuk mengambil peperiksaan ulangan di KIDU.
626422768 1473333634796558 1979232560498831237 n

Majlis Bacaan Yaasin Sempena Nisfu Syaaban

Majlis Bacaan Yaasin sempena Menghidupkan Malam Nisfu Sya’ban.
Dijemput kepada semua warga Muassasah Darul Ulum, Muslimin dan Muslimat untuk menyertai majlis pada malam ini di Masjid Muassasah Darul Ulum bermula selepas Solat Magrib.
Jom sama-sama kita hadir.
Sila war-warkan seluas-luasnya.
Sumbangan untuk Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum boleh disalurkan melalui:
Bank Islam
02011010033350
Muassasah Darul Ulum
Terima kasih. Semoga Allah SWT melipat gandakan pahala dan membukakan pintu rezeki yang seluas-luasnya kepada semua para penyumbang yang budiman.
562427009 25152720241032626 4260350013105900440 n

Program Mukhayyam Tarbawi 2025

Alhamdulillah program Mukhayyam Tarbawi 2025 yang melibatkan siswa siswi program Syahadah ‘Aliyah Pengajian Syariah KIDU telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh YB Dato’ Ustazah Ashah Ghazali pada 14 hingga 16 Oktober 2025 yang lalu di Pusat Latihan & Rekreasi YKS Sedim dengan membawa tema ‘U.M.U.D akronim kepada ‘Ubah Minda, Ubah Diri” .

557894504 1630742328027087 6308936558399597740 n

Kempen Infaq Istiqamah Bulanan

INFAQ ISTIQOMAH KIDU – Serendah RM10 SEBULAN
Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) menjemput para dermawan untuk bersama menjayakan Kempen Infaq Istiqomah Bulanan, bermula serendah RM10 sebulan.
Sokongan anda akan membantu pembangunan pendidikan Islam dan kebajikan pelajar.
Bersama kita suburkan budaya memberi dan mengalirkan manfaat berterusan.
Ayuh jadi penyokong tetap pendidikan Islam!
Bersama kita bina masa depan ummah melalui ilmu & amal.
“Sedikit tapi berterusan — itulah keberkatan.”
👉 Sertai sekarang.
Sumbangan kecil anda, kesan besarnya luar biasa!
Ayuh sahabat, marilah bersama menjayakan
KIDU ditubuhkan pada 1997 hingga kini melahirkan ramai alumninya yang terlibat di lapangan dakwah termasuk di Sabah & Sarawak dan negara-negara Asean seperti Thailand, Kemboja, Vietnam dan Indonesia.
Kempen ini telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Negeri Kedah sempena Majlis Haul Allayarham Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ustaz Haji Azizan Abdul Razak yang disemadikan jenazahnya di Bumi Barakah Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum . Allayarham merupakan antara pengasas utama Kolej Islam Darul Ulum. Ayuh bersama kami menjayakan dengan mengisi link dibawah.
InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment👇🏻
Scroll to Top