Aktiviti dan Pencapaian

Aktiviti Pelajar
KIDU menganjurkan pelbagai program tarbiah, seminar ilmiah dan aktiviti kokurikulum bagi membina sahsiah dan kepimpinan pelajar.
728984474 1860590858375565 8340243651215963236 n

Salam Maal Hijrah 1448H

1 Muharram 1448H | 17 Jun 2026

Sempena kedatangan tahun baharu Hijrah 1448H, marilah kita memperbaharui azam, memperkukuhkan keimanan dan meningkatkan amal soleh dalam kehidupan seharian.

Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, ketenangan, kejayaan serta rahmat Allah SWT kepada seluruh warga Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) dan umat Islam keseluruhannya.

“Hijrah Membina Peribadi, Istiqamah Memacu Kecemerlangan.”

Salam Maal Hijrah 1448H daripada Kolej Islam Darul Ulum.

720075771 1736242794458510 5877740893380990813 n

Kunjungan Hormat Kolej Islam Darul Ulum (KIDU)

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, Mejar (B) Mansor Zakaria, menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Muhamad Noor Habibi Long bersama barisan pengurusan KIDU.

Pertemuan ini membincangkan hala tuju pembangunan serta usaha memperkasakan KIDU sebagai institusi pendidikan Islam yang berperanan melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Semoga kerjasama dan usaha yang dirancang dapat terus memperkukuhkan peranan KIDU dalam pembangunan pendidikan, agama dan ummah di Negeri Kedah.

701487938 1827654265002558 5383936753236523718 n

Gotong-Royong Perdana KIDU 1.0

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Perdana KIDU 1.0 telah berlangsung dengan jayanya bersempena Sambutan Hari Guru bersama seluruh warga Kolej Islam Darul Ulum (KIDU).

Program ini melibatkan penyertaan guru, pensyarah dan kakitangan yang berganding bahu menjalankan aktiviti pembersihan serta menceriakan kawasan kampus bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Selain memupuk budaya kebersihan, program ini turut mengeratkan ukhuwah dan semangat kerjasama dalam kalangan warga KIDU.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sumbangan dalam menjayakan program ini.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.” 🤝

710756319 1842593473508637 3727508755629848142 n

Misi Infaq Tafsir Al-Tibyan untuk Maktabah KIDU

“Satu Naskhah Untuk Ummah, Satu Amal Jariah Yang Berpanjangan.”

Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) mengajak orang ramai untuk bersama-sama menyumbang dalam Misi Infaq Pembelian Koleksi Tafsir Al-Tibyan bagi menambah koleksi rujukan ilmiah di Maktabah KIDU.

📖 Tafsir Al-Tibyan merupakan karya tafsir al-Quran lengkap 30 juzuk yang menjadi rujukan berharga untuk pelajar, pensyarah, penyelidik dan pencinta ilmu.

🎯 Sasaran Dana: RM1,899
(Bagi pembelian 1 set lengkap Tafsir Al-Tibyan – 15 jilid)

Sumbangan anda akan membantu memperkayakan sumber ilmu, menyokong pembelajaran serta menjadi amal jariah yang manfaatnya berterusan.

“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya.” (HR Muslim)

🤝 Ayuh bersama menyumbang dan menghadiahkan khazanah ilmu kepada generasi pewaris ummah.

#JomMasukKIDU
#InfaqIlmu
#AmalJariah

 
Scroll to Top