Program Pengajian
Program Akademik KIDU
Laluan pendidikan Islam yang berstruktur dan terancang.
KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM.
🔷 JABATAN SYARIAH
🟢 SA01 – Syahadah ‘Aliah Syariah
(Setaraf Diploma Eksekutif KIDU)
Maklumat Program
Program Syahadah ‘Aliah Syariah merupakan program pengajian Islam lanjutan yang setaraf Diploma Eksekutif KIDU. Program ini memberi penekanan kepada penguasaan ilmu Syariah secara menyeluruh merangkumi Al-Quran, Fiqh, Aqidah, Hadis dan cabang ilmu Islam yang lain.
Sepanjang tempoh pengajian, pelajar akan didedahkan kepada pengajian kitab turath, perbincangan ilmiah serta aplikasi ilmu dalam konteks semasa bagi melahirkan graduan yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak.
Maklumat Ringkas
- Kod Program: SA01
- Tempoh Pengajian: 3 Tahun (6 Semester)
- Mod Pengajian: Sepenuh Masa
- Bahasa Pengantar: Bahasa Arab & Bahasa Melayu
Syarat Kelayakan
- Berumur 17 tahun ke atas
- Mengikuti ujian kemasukan KIDU
- (Jika tidak lulus, akan ditawarkan ke Program Tamhidi)
- Minat untuk menuntut ilmu
- Terbuka kepada warganegara & bukan warganegara
Prospek
- Melanjutkan pengajian ke universiti tempatan & luar negara
- Institusi Timur Tengah
- Guru agama / pendakwah
- Pegawai hal ehwal Islam
🟢 SA02 – Tamhidi Syahadah ‘Aliah
(Kelas Persediaan Bahasa Arab)
Maklumat Program
Program Tamhidi Syahadah ‘Aliah merupakan program persediaan selama 10 bulan bagi pelajar yang ingin melanjutkan ke program Syahadah ‘Aliah tetapi belum memenuhi tahap kelayakan yang diperlukan.
Program ini memberi fokus kepada pengukuhan asas Bahasa Arab serta asas pengajian Islam bagi memastikan pelajar lebih bersedia mengikuti pengajian di peringkat seterusnya.
Maklumat Ringkas
- Kod Program: SA02
- Tempoh Pengajian: 10 Bulan
- Mod Pengajian: Sepenuh Masa
- Bahasa Pengantar: Bahasa Arab & Bahasa Melayu
Syarat Kelayakan
- Berumur 16 tahun ke atas
- Minat untuk menuntut ilmu
- Terbuka kepada warganegara & bukan warganegara
Prospek
- Laluan ke Syahadah ‘Aliah
- Pengukuhan asas Bahasa Arab
- Persediaan akademik
🔷 JABATAN PENGAJIAN AL-QURAN
SA03 – Sijil Tinggi Pengajian Tahfiz Al-Quran & Qiraat
(Akan Datang)
Maklumat Program
Program ini bakal ditawarkan bagi melahirkan pelajar yang mahir dalam hafazan Al-Quran serta ilmu Qiraat. Ia akan menekankan aspek hafazan, tajwid dan kefahaman Al-Quran secara menyeluruh.
Maklumat Ringkas
- Kod Program: SA03
- Status: Akan Datang
Syarat Kelayakan
Akan dimaklumkan
Prospek
- Bidang Tahfiz & Qiraat
- Tenaga pengajar Al-Quran
- Pengajian lanjutan dalam bidang Al-Quran
🔷PUSAT PENGAJIAN UMUM (PPU)
🟢 SA04 – Diploma Eksekutif Pengurusan Islam (Pentadbiran Awam)
(Akan Datang)
Maklumat Program
Program ini memberi fokus kepada pengurusan dan pentadbiran organisasi berteraskan nilai Islam dalam sektor awam.
Maklumat Ringkas
- Kod Program: SA04
- Status: Akan Datang
Syarat Kelayakan
Akan dimaklumkan
Prospek
- Pentadbiran awam
- Pengurusan organisasi
🟢 SA05 – Diploma Eksekutif Pengurusan Islam (Pengurusan Dakwah)
(Akan Datang)
Maklumat Program
Program ini memberi penekanan kepada kemahiran dakwah, komunikasi Islam dan strategi penyampaian kepada masyarakat.
Maklumat Ringkas
- Kod Program: SA05
- Status: Akan Datang
Syarat Kelayakan
Akan dimaklumkan
Prospek
- Pendakwah profesional
- NGO & organisasi dakwah
🟢 SA06 – Diploma Eksekutif Pengurusan Islam (Pengurusan Harta Islam)
(Akan Datang)
Maklumat Program
Program ini memfokuskan kepada pengurusan harta Islam seperti zakat, wakaf, faraid dan kewangan Islam.
Maklumat Ringkas
- Kod Program: SA06
- Status: Akan Datang
Syarat Kelayakan
Akan dimaklumkan
Prospek
- Institusi zakat & wakaf
- Perunding kewangan Islam
🟢 SP01 – Sijil Pengajian Bahasa Arab
(Akan Datang)
Maklumat Program
Program ini memberi fokus kepada kemahiran Bahasa Arab dari asas hingga pertengahan untuk tujuan akademik dan komunikasi.
Maklumat Ringkas
- Kod Program: SP01
- Status: Akan Datang
Syarat Kelayakan
Akan dimaklumkan
🟢 SP02 – Sijil Eksekutif Pengurusan Islam
(Akan Datang)
Maklumat Program
Program asas pengurusan Islam melibatkan kepimpinan, organisasi dan etika kerja berteraskan syariah.
Maklumat Ringkas
- Kod Program: SP02
- Status: Akan Datang
Syarat Kelayakan
Akan dimaklumkan
Â
🔷 PUSAT ASASI KIDU
🟢 PA01 – Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Maklumat Program
Program STAM merupakan laluan utama ke pengajian tinggi dalam bidang Islam, khususnya ke universiti dalam dan luar negara termasuk Timur Tengah. Program ini menekankan penguasaan Bahasa Arab serta ilmu Syariah secara mendalam.
Maklumat Ringkas
- Kod Program: PA01
- Tempoh Pengajian: 1 Tahun
- Mod Pengajian: Sepenuh Masa
- Bahasa Pengantar: Bahasa Arab
Syarat Kelayakan
- Berumur 18 tahun ke atas
- Mengikuti ujian kemasukan KIDU
- Minat untuk menuntut ilmu
- Mempunyai asas Bahasa Arab
- Lepasan SPM KBD
Prospek
- Universiti Timur Tengah
- Ijazah Syariah / Usuluddin
- Kerjaya bidang agama
🟢 PA02 – SPM Fast Track
Maklumat Program
Program ini direka untuk pelajar yang ingin menduduki peperiksaan SPM dalam tempoh singkat melalui pembelajaran intensif dan berfokus.
Maklumat Ringkas
- Kod Program: PA02
- Tempoh Pengajian: 1 Tahun
- Mod Pengajian: Sepenuh Masa
Syarat Kelayakan
- Berumur 17 tahun ke atas
- Lulus ujian kemasukan KIDU
- Menguasai asas Bahasa Melayu, Inggeris & Jawi
Prospek
- Menduduki SPM
- Sambung STAM / Syahadah
- Laluan ke universiti
🟢 PA03 – Program Tamhidi
(Persediaan SPM & STAM)
Maklumat Program
Program Tamhidi ini merupakan program persediaan selama 10 bulan bagi pelajar sebelum melanjutkan ke SPM Fast Track atau STAM.
Maklumat Ringkas
- Kod Program: PA03
- Tempoh Pengajian: 10 Bulan
- Mod Pengajian: Sepenuh Masa
Syarat Kelayakan
- Berumur 16 tahun ke atas
- Minat menuntut ilmu
Prospek
- Persediaan ke SPM
- Persediaan ke STAM
- Pengukuhan asas akademik
